Xiaomi Redmi Note 5 Dikhabarkan Akan Dilancarkan Di Malaysia Awal Mei 2018 Dalam Dua Storan Berbeza Comments Off on Xiaomi Redmi Note 5 Dikhabarkan Akan Dilancarkan Di Malaysia Awal Mei 2018 Dalam Dua Storan Berbeza

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, Xiaomi Malaysia dikhabarkan akan mula melancarkan model Xiaomi Redmi Note 5 terbarunya untuk pasaran tempatan bermula awal Mei 2018 nanti. Xiaomi Redmi Note 5 yang turut dikenali sebagai Xiaomi Redmi Note 5 Pro untuk pasaran di India ini sudahpun disahkan akan mula dilancarkan secara rasmi di Indonesia pada 18 April 2018 ini.

Menurut sumber itu lagi, Xiaomi Malaysia akan menawarkan dua varian berbeza untuk Xiaomi Redmi Note 5 di Malaysia iaitu pilihan storan 32GB + RAM 3GB dan juga 64GB + 4GB. Walaupun harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih tidak didedahkan, ia dijangka mampu menarik perhatian pengguna melalui penawaran harga yang kompetitif di bawah RM1000.

Xiaomi Redmi Note 5 menyokong paparan skrin berukuran 5.99 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), dioperasikan oleh MIUI 9 (versi Android masih tidak dapat disahkan), dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, sokongan dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, Bluetooth 5.0, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 2.0.

Buat masa ini tidak dapat disahkan sama ada Xiaomi Malaysia akan memperkenalkannya sebagai Xiaomi Redmi Note 5 ataupun Xiaomi Redmi Note 5 Pro untuk pasaran di Malaysia Nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend