Xiaomi Redmi Note 5 Dan Redmi Note 5 Pro Dengan Sokongan Android 9.0 Pie Mula Kelihatan Di Geekbench Comments Off on Xiaomi Redmi Note 5 Dan Redmi Note 5 Pro Dengan Sokongan Android 9.0 Pie Mula Kelihatan Di Geekbench

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada April yang lalu, pemilik Xiaomi Redmi Note 5 di negara ini mungkin boleh menarik nafas lega apabila perancangan Xiaomi untuk memperkenalkan kemas kini Android 9.0 Pie untuk model ini semakin hampir.

Keputusan skor Xiaomi Redmi Note 5 yang dioperasikan dengan Android 9.0 Pie.

Perkara ini berjaya disahkan selepas Xiaomi Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro (pasaran India) telah mula muncul di pangkalan data Geekbench baru-baru ini. Kemunculan Redmi Note 5 di laman sesawang ujian penanda aras itu bukan sekadar memperlihatkan skor yang diperolehi, tetapi ia jelas memperlihatkan sokongan Android 9.0 Pie pada ruangan maklumat sistem peranti.

Keputusan skor Xiaomi Redmi Note 5 Pro yang dioperasikan dengan Android 9.0 Pie.

Walaupun masih belum dapat disahkan bilakah Xiaomi Redmi Note 5 atau Redmi Note 5 Pro ini akan mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie, kemunculannya di Geekbench ini telah memberi petanda awal ketersediaan kemas kini tersebut pada masa akan datang.

Baca juga: 

Xiaomi Redmi Note 5 Mula Menerima Kemas Kini MIUI 10

Xiaomi Redmi Note 5 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga Bermula Dari RM799

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend