Xiaomi Redmi Car Merupakan SUV Dengan Enjin 1.2L Turbo Berkuasa 143HP Comments Off on Xiaomi Redmi Car Merupakan SUV Dengan Enjin 1.2L Turbo Berkuasa 143HP

Nama Xiaomi tidak asing lagi dalam industri telefon pintar tetapi mereka merupakan pendatang baru dalam industri automotif. Ini kerana Xiaomi yang bukan pemain utama telah memperkenalkan SUV mereka sendiri yang dinamakan Xiaomi Redmi Car.

SUV ini tidak dibangunkan sepenuhnya oleh Xiaomi sebaliknya dibuat oleh pengeluar kenderaan di China iaitu Bestune menerusi model T77. Jika anda masih ingat, Samsung juga pernah mempamerkan Samsung XM3 versi rebatch daripada Renault Arkana. Jadi, konsep yang digunakan adalah sama.


Bestune T77 adalah produk baharu yang mana syarikat ini adalah di bawah naungan FAW China. Versi konsep ini telah dipamerkan buat pertama kali di Beijing Auto Show 2018 dan sejurus selepas itu versi pengeluaran telah diumumkan di Ghuangzhou Auto Show 2018 pada bulan November tahun lepas.

Secara asasnya, Xiaomi Redmi Car ini dihidupkan oleh enjin bersesaran 1,200cc berkuasa turbo yang mampu menjana 143 hp dan 204 Nm tork. Kotak transmisi yang digunakan pula adalah jenis manual enam kelajuan.

Harganya pula adalah bermula CNY89,000 (kira-kira RM55,129) sebuah di China. Tidak pasti berapa varian yang ditawarkan, apa yang pasti ia mustahil akan dibawa masuk ke Malaysia buat masa sekarang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend