Xiaomi Redmi 6 Pro Dengan Sokongan Snapdragon 625 Dan Bateri 4000 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Xiaomi Redmi 6 Pro Dengan Sokongan Snapdragon 625 Dan Bateri 4000 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Setelah pelbagai ketirisan dan juga perkongsian yang berjaya diperolehi di Internet, akhirnya Xiaomi Redmi 6 Pro hari ini telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China.

Xiaomi Redmi 6 Pro yang dikategorikan sebagai peranti mampu milik ini telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dioperasikan dengan antaramuka MIUI 9, dan juga menyokong paparan skrin19:9 sebesar 5.84 inci dengan rekaan takuk beresolusi FHD+ (2280 x 1080 piksel).

Xiaomi Redmi 6 Pro turut menyokong fungsi pembantu digital.

Berukuran 149.33 x 71.68 x 8.75mm dengan berat 178g, Redmi 6 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4000 mAh (5V2A), dwi kamera utama 12 Megapiksel + 5 Megapiksel (f/2.2, AI Portrait Mode, Bokeh, HDR, OIS), kamera hadapan 5 Megapiksel (AI Portrait Mode, AI Smart Beauty, HDR), tiga slot kad berasingan, dan juga ciri keselamatan biometrik menggunakan pengimbas cap jari serta AI Face Unlock.

Tersedia dalam lima warna pilihan iaitu merah, merah jambu, emas, biru dan hitam, Redmi 6 Pro boleh dimiliki dalam tiga varian berbeza iaitu :

  • 32GB + RAM 3GB – CNY999 (kira-kira RM614)
  • 32GB + RAM 4GB – CNY1,199 (kira-kira RM737)
  • 64GB + RAM 4GB – CNY1,299 (kira-kira RM799)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend