Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Mula Menerima Kemas Kini Stabil Untuk MIUI 10 Versi Global Comments Off on Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Mula Menerima Kemas Kini Stabil Untuk MIUI 10 Versi Global

Jika sebelum ini pemilik peranti Redmi Note 5 di Malaysia telah mula menerima kemas kini rasmi untuk versi MIUI 10 pada penghujung bulan September yang lalu. Kini Xiaomi telah mula menawarkan ketersediaan kemas kini stabil untuk MIUI 10 versi global untuk dua lagi model mampu miliknya iaitu Redmi 6 dan juga Redmi 6A.

Kemas kini MIUI 10 untuk kedua-dua model ini hadir dengan fail sebesar lebih kurang 260MB dan ia memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu penambahbaikan untuk menawarkan antaramuka dengan pengalaman skrin penuh terbaik. Selain itu ia juga turut menerima peningkatan lain seperti sokongan AI dengan mod Portrait untuk peranti yang hadir dengan satu lensa hadapan, dan juga pembaharuan antaramuka untuk aplikasi sistem termasuklah Clock dan juga Notes.

Sekiranya anda memiliki Redmi 6 dan Redmi 6A, penerimaan kemas kini ini boleh diterima melalui OTA (Over-the-Air) dan ketersediaan kemas kini ini akan diterima secara berperingkat-peringkat.

Fail kemas kini MIUI 10 Global versi stabil boleh dimuat turun secara manual di: Forum MIUI

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend