Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Kini Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Segmen Telefon Pintar Bajet Comments Off on Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Kini Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Segmen Telefon Pintar Bajet

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Xiaomi dikatakan akan melancarkan model terbarunya pada 12 Jun 2018 dengan penawaran siri Redmi 6. Hari ini penantian itu telah berakhir apabila Xiaomi telah memperkenalkan dua model terbarunya iaitu Redmi 6 dan juga Redmi 6A.

Xiaomi Redmi 6

Disasarkan untuk segmen pasaran telefon pintar mampu milik, Redmi 6 dan Redmi 6A akan mula dijual di China mulai 15 Julai nanti dan sudah tentunya kedua-dua model ini akan turut dilancarkan untuk pasaran di India tidak lama lagi. Redmi 6 boleh dimiliki di China pada harga CNY799 (kira-kira RM498) untuk varian 32GB + RAM 3GB dan CNY999 (kira-kira RM622) untuk varian 64GB + RAM 4GB. Manakala Redmi 6A pula akan dijual pada harga CNY599 (kira-kira RM373).

Xiaomi Redmi 6A

Spesifikasi Xiaomi Redmi 6:

  • Android 8.1 Oreo
  • MediaTek Helio P22 (lapan teras, 12 nm)
  • 32GB + RAM 3GB / 64GB + RAM 4GB
  • 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel), 18:9
  • Kamera utama: 12 Megapiksel + 5 Megapiksel (AI)
  • Kamera hadapan: 5 Megapiksel (AI)
  • Bluetooth v4.2, bicu audio 3.5mm, microUSB
  • Face unlock
  • 3000 mAh
  • 147.5 x 71.5 x 8.3mm / 146g

Spesifikasi Xiaomi Redmi 6A:

  • Android 8.1 Oreo
  • MediaTek Helio A22 (empat teras, 12 nm)
  • 16GB + RAM 2GB
  • 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel), 18:9
  • Kamera utama: 13 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 5 Megapiksel
  • Bluetooth v4.2, bicu audio 3.5mm, microUSB
  • Face unlock
  • 3000 mAh
  • 147.5 x 71.5 x 8.3mm / 145g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend