Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Dah Boleh Mula Dibeli Pada Harga Dibawah RM500 Comments Off on Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Dah Boleh Mula Dibeli Pada Harga Dibawah RM500

Hari ini ialah hari dimana anda sudah boleh mula membeli Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A. Dua model ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia minggu lalu dengan tanda harga mesra poket. Jika bajet anda dibawah RM500, dua peranti ini patut anda pertimbangkan.

Xiaomi Redmi 6 ialah sebuah telefon yang menawarkan dwi kamera utama 12MP + 5MP sementara Redmi 6A hadir dengan satu kamera tunggal 13MP. Kedua-duanya dioperasikan dengan antaramuka MIUI 9 berlandaskan Android 8.1 Oreo serta sebuah bateri sebesar 3000mAh. Turut dibekalkan bersama ialah sokongan Bluetooth v4.2, port microUSB, dan kamera hadapan 5MP.

Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A yang dilengkapi dengan skrin 5.45-inci HD+ masing-masing dijual pada harga RM499 dan RM399 dengan memori 3GB+32GB dan 2GB+16GB. Anda boleh mendapatkan peranti ini di kedai konsep Xiaomi seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend