Xiaomi Rancang Untuk Mengoptimumkan Ruang Pengiklanan Pada MIUI Pada Masa Akan Datang Comments Off on Xiaomi Rancang Untuk Mengoptimumkan Ruang Pengiklanan Pada MIUI Pada Masa Akan Datang

Selaku pengasas dan juga CEO Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini telah merancang untuk mengoptimumkan ruang pengiklanan pada peranti keluarannya yang dioperasikan dengan antaramuka MIUI pada masa akan datang.

Menurut beliau, Xiaomi akan menyingkirkan pengiklanan yang tidak bersesuaian daripada dipaparkan, bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik kepada penggunanya. Bahkan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Internet untuk Xiaomi juga turut mengesahkan akan mengurangkan jumlah pengiklanan di dalam MIUI.

Perkara ini telah dikongsikan selepas Xiaomi mendedahkan laporan kewangannya untuk suku pertama tahun 2019. Berdasarkan laporan itu, pendapatan Xiaomi telah mencatatkan kenaikan 31.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu sebanyak CNY4.3 bilion (kira-kira RM2.6 bilion). Malah pengguna bulanan MIUI juga telah meningkat sebanyak 37.3% iaitu sebanyak 261 juta pengguna.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend