Xiaomi Pocophone F1 Mencatatkan Keputusan Geekbench 4 Lebih Baik Berbanding OnePlus 6 Comments Off on Xiaomi Pocophone F1 Mencatatkan Keputusan Geekbench 4 Lebih Baik Berbanding OnePlus 6

Xiaomi Pocophone F1 telah dijadualkan akan dilancarkan pada minggu depan di India dengan menggunakan slogan ‘MASTER OF SPEED’. Sebagaimana yang diketahui, peranti terbaru dari sub-jenama Xiaomi ini telah disahkan akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair.

Sesuai dengan slogan yang digunakan, Pocophone F1 ternyata mampu menjanjikan kepantasan setanding atau lebih baik berbanding dengan telefon pintar flagship sedia ada di pasaran. Ini terbukti melalui pendedahan yang berjaya dilihat pada keputusan ujian penanda aras popular Geekbench 4 yang telah dikongsikan.

Melalui ujian pelbagai-teras, Pocophone F1 telah berjaya menumpaskan peranti yang turut dikuasakan dengan Snapdragon 845 yang lain, termasuklah OnePlus 6, Xiaomi Mi 8, Samsung Galaxy S9+, HTC U12+ dan juga LG G7 ThinQ. Manakala untuk ujian satu-teras pula ia dilihat sedikit ketinggalan berbanding Galaxy S9+, tetapi lebih baik berbanding model yang disebutkan sebelum ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend