Xiaomi Pocophone F1 Akan Dilancarkan Pada 22 Ogos Ini Di India Comments Off on Xiaomi Pocophone F1 Akan Dilancarkan Pada 22 Ogos Ini Di India

Sebelum ini kami ada muat naik satu artikel mengenai spesifikasi peranti Pocophone F1 yang tertiris di internet. Terkini, syarikat Poco dibawah Xiaomi akan melancarkan peranti tersebut kepada umum pada 22 Ogos ini di India.

Seperti yang kita tahu, Pocophone F1 ialah peranti yang lengkap dengan perkakasan dalaman berkuasa, salah satunya menggunakan cipset Snapdragon 845 selain dibekalkan bateri sebesar 4,000mAh dan sistem penyejukan cecair. Ia hadir dengan skrin bertakuk bersaiz 5.99-inci FHD+, memori 6GB RAM, 64GB storan, serta sokongan memori tambahan.

Pocophone F1 dikhabarkan menggunakan kamera depan 20MP beserta fungsi IR Face Unlock disamping kamera menegak di belakang menggabungkan sensor 12MP + 5MP. Fungsi lain yang dimuatkan bersama adalah Bluetooth v5.0 serta sambungan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Melalui poster yang dikongsi Poco di laman Twitter, majlis pelancaran akan diadakan di New Delhi India. Bagaimanapun, tiada masa khusus ditunjukkan buat masa ini. Peranti ini mungkin akan menembusi pasaran eropah selepas itu diikuti di beberapa negara lain.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend