Xiaomi Play Ialah Jawapan Kepada Honor Play – Bakal Diumumkan Pada 24 Disember Comments Off on Xiaomi Play Ialah Jawapan Kepada Honor Play – Bakal Diumumkan Pada 24 Disember

Belum sudah mencari jawapan untuk peranti Xiaomi dengan kamera 48MP, kini syarikat China itu memberi gambaran acah untuk memperkenalkan siri baharu dalam barisan telefon pintar mereka.

Xiaomi Play mungkin diumumkan pada 22 Disember ini untuk memberi saingan kepada peranti yang kini menggunakan nama yang sama, Honor Play. Berdasarkan khabar angin, Xiaomi akan mengadakan majlis sekitar 17 hingga 26 Disember depan. Peranti ini mungkin mensasarkan golongan belia yang inginkan peranti gaming pada harga mampu milik.

Xiaomi buat masa ini telah hadir dengan peranti gaming melalui Black Shark Helo tetapi harganya pula agak premium. Ada yang mengatakan Xiaomi Play ialah jelmaan daripada Pocophone F1 yang mendapat sambutan sehinggakan telah terjual melebihi 700,000 unit seantero dunia.

Sumber

Pocophone F1 Armoured Edition Akan Turut Diperkenalkan Dalam Varian 64GB

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend