Xiaomi Perkenalkan Jam Tangan Mekanikal T-Series CIGA Design Comments Off on Xiaomi Perkenalkan Jam Tangan Mekanikal T-Series CIGA Design 218

Xiaomi bukan sahaja menghasilkan telefon pintar tetapi jenama ini juga menghasilkan jam tangan mekanikal dan yang terbaru Xiaomi memperkenalkan T-Series CIGA Design. Jam tangan ini memiliki rekaan yang unik kerana kerangkanya dibina dengan tubuh badan lut sinar yang memperlihatkan enjin dan struktur dalaman.

T-Series CIGA Design tidak didatangkan dengan fungsi notifikasi, penjejak GPS, paparan skrin dan sebagainya. Ia hanya memfokuskan kepada nilai estetik premium dan hasil pertukangan. Kerangka lut sinar ini juga membolehkan anda melihat keseluruhan jam tangan dari sudut 360-darjah.

Xiaomi menjualnya pada harga CNY699 (~RM419) untuk pasaran China dengan pilihan warna tali merah dan hitam.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend