Xiaomi Perkenal Powerbank Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Harga RM76 Comments Off on Xiaomi Perkenal Powerbank Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Harga RM76 248

Jenama Xiaomi tidak asing lagi dalam industri telefon pintar malah syarikat ini suka sahaja untuk memperkenalkan beberapa produk dan alat elektronik lain. Terbaru, Xiaomi mengumumkan powerbank dengan sokongan pengecasan tanpa wayar tetapi pada harga lebih mesra poket.

Powerbank ini direka dengan berat badan yang ringan (230g) tetapi mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 10,000mAh. Dua kaedah pengecasan ditawarkan membolehkan pengguna mengecas telefon pintar sama ada menggunakan sambungan wayar ataupun meletakkan telefon pintar di atas powerbank ini menggunakan ciri pengecasan tanpa wayar.

Kuasa pengecasan standart diletakkan kepada 10W dan sekiranya peranti menyokong pengecasan pantas, ia secara automatik akan ditingkatkan kepada 18W bergantung kepada jenis peranti.

Disebabkan harganya yang murah, tubuh powerbank Xiaomi ini dibina berasaskan bahan plastik. Bercakap tentang mengecas semula powerbank ini, ia mengambil masa hanya 4 jam sahaja untuk dipenuhkan.

Ciri keselamatan powerbank ini telah diiktiraf dan ia menyokong sembilan jenis perlindungan termasuk dapat mengesan haba berlebihan semasa proses mengecas.

Xiaomi 10000mAh Wireless Powerbank ditawarkan di China pada harga 129 Yuan. Diharapkan, powerbank ini dapat ditawarkan di Malaysia pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend