Xiaomi Perkenal Mint Browser Dengan Sokongan Pelbagai Fungsi Menarik Khusus Untuk Telefon Pintar Bajet Comments Off on Xiaomi Perkenal Mint Browser Dengan Sokongan Pelbagai Fungsi Menarik Khusus Untuk Telefon Pintar Bajet

Sekiranya anda memiliki telefon pintar bajet ataupun telefon pintar model lama yang memiliki ruang storan dalaman yang agak terhad, pemilihan pelayar web versi ‘lite’ telah menjadi satu kemestian. Ini bagi memastikan setiap memori yang ada tidak dibazirkan untuk satu aplikasi sahaja.

Baru-baru ini Xiaomi telah menawarkan pelayar web baharu yang dikenali sebagai Mint Browser khusus untuk telefon pintar bajet yang memiliki ruang storan yang terhad. Tampil dengan saiz fail kurang daripada 10MB, pelayar web ini masih mampu menyokong pelbagai fungsi menarik seperti berikut:

  • Antaramuka yang mesra pengguna
  • Carian menggunakan suara
  • Mod privasi ‘incognito’
  • Sokong ‘Reading mode’
  • Pilihan untuk penjimatan data mudah alih

Muat turun Mint Browser untuk peranti Android → Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend