Xiaomi Mi Watch Terima Kemas Kini Pertama, Kini Menyokong Sambungan Peranti iOS Comments Off on Xiaomi Mi Watch Terima Kemas Kini Pertama, Kini Menyokong Sambungan Peranti iOS 74

Xiaomi sebelum ini telahpun hadir dengan jam tangan pintar yang mirip seperti Apple Watch melalui pelancaran Mi Watch pada awal bulan November yang lalu di China. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Mi Watch dilaporkan sudah mula menerima kemas kini OTA pertamanya bermula hari ini.

Melalui kemas kini tersebut, Mi Watch kini bukan sahaja boleh disambungkan dengan peranti Android, tetapi ia turut boleh menyokong peranti iOS. Selain itu kemas kini baharu ini turut memperbaiki isu freeze apabila pertama kali ia disambungkan ke telefon pintar, dan dalam masa yang sama memperbaiki isu penerimaan notifikasi.

Xiaomi Mi Watch telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon Wear 3100, dilengkapi memori RAM sebesar 1GB, ruang storan sebesar 8GB, dan juga fungsi eSIM. Ia juga turut tersedia dengan paparan skrin AMOLED sebesar 1.78 inci dengan resolusi 368 x 448 piksel.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend