Xiaomi Mi Smart Home Mula Ditawarkan Di Malaysia Dengan Pakej Bermula RM599 Comments Off on Xiaomi Mi Smart Home Mula Ditawarkan Di Malaysia Dengan Pakej Bermula RM599

Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pihak media. Dalam majlis tersebut pihak Xiaomi juga berkesempatan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu peralatan rumah pintar.

Dinamakan Mi Smart Home, produk-produk yang dipamerkan meliputi segala peralatan elektrik yang ada di dalam rumah. Ia ditawarkan dalam dua pakej iaitu Standard Package dan Premium Package, masing-masing dengan harga RM599 dan RM2,799. Pakej yang ditawarkan adalah lebih jimat berbanding pelanggan belinya secara berasingan.


Untuk pakej biasa, ia akan disertakan dengan satu set sensor pintar, dua biji mentol lampu LED, dan satu kamera pengawasan 360-darjah. Manakala pakej premium pula, pelanggan akan menerima produk yang sama seperti pakej biasa dengan peralatan tambahan seperti dua lampu tidur, satu cerek, dua lampu siling, dan satu robot penyedut hampagas. Kesemuanya adalah produk pintar yang boleh dikawal melalui telefon pintar.



Bagi yang ingin menghiasi kediaman menjelang Aidilfitri ini, anda boleh mendapatkan pakej Mi Smart Home di Mi Store seluruh negara bermula 18 Mei hingga 5 Jun 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend