Xiaomi Mi Notebook Air Versi Lebih Kompak Diperkenalkan Di China Comments Off on Xiaomi Mi Notebook Air Versi Lebih Kompak Diperkenalkan Di China

Xiaomi telah memperkenalkan Mi Notebook Air 13.3-inci di pasaran China pada bulan lalu. Terkini, syarikat tersebut hadir dengan satu lagi model yang lebih kompak menerusi Mi Notebook Air 12.5-inci.

Laptop ini dilengkapi paparan HD penuh dengan saiz bezel yang nipis seiring dengan rekaan laptop lain di pasaran. Reka bentuk laptop ini adalah sama seperti versi 13.3-inci dengan berat 1.07kg serta ketebalan 12.9mm. Disebalik kerangka badan aluminium, ia diperkasakan oleh pemproses Intel Core i5 Generasi ke-7 dan memori 4GB RAM serta 256GB storan.

Tiada info mengenai bateri tetapi menurut Xiaomi, laptop ini mampu beroperasi selama 11.5 jam melalui sistem operasi Windows 10. Malahan, ia turut didatangkan dengan sambungan USB Type-C dengan sokongan pengecasan pantas.

Mi Notebook Air 12.5-inci akan dijual tidak lama lagi di China pada harga CNY3999 (~RM2426) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend