Xiaomi Mi Note 10 – Telefon Pintar Dengan Sokongan Penta Kamera 108MP Pertama Di Dunia Comments Off on Xiaomi Mi Note 10 – Telefon Pintar Dengan Sokongan Penta Kamera 108MP Pertama Di Dunia

Ternyata jenama Xiaomi pada hari ini selayaknya digelar sebagai pencetus trend dalam memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan kamera beresolusi tinggi. Jika sebelum ini Redmi Note 8 Pro diperkenalkan dengan kamera 64MP, kini Xiaomi hadir pula dengan kamera beresolusi 108MP dengan kemunculan model terbaharunya iaitu Mi Note 10.

Diiktiraf sebagai telefon pintar dengan sokongan penta kamera 108MP pertama di dunia, ia membolehkan Mi Note 10 untuk menyokong pelbagai mod penggambaran untuk senario berbeza. Menariknya selepas sebulan dilancarkan untuk pasaran global, siri Mi Note 10 kini sudahpun dijual secara rasmi di Malaysia.

Keupayaan Penggambaran Penta Kamera 108MP

Tidak dinafikan lagi bahawa Mi Note 10 dengan sokongan penta kamera 108MP mampu menjanjikan keupayaan penggambaran yang terbaik – di mana anda tidak lagi memerlukan kamera DSLR.

Sokongan kamera 108MP bukan sahaja mampu menjanjikan kualiti gambar yang lebih jelas dengan resolusi sebesar 12,032 x 9,042 piksel, malah anda boleh mencetak poster setinggi 4.2 meter (berbanding hanya 3.24 meter pada Redmi Note 8 Pro dengan 64MP).

Selain lensa utama 108MP, Mi Note 10 turut dilengkapi dengan empat lagi lensa tambahan yang boleh digunakan untuk sokongan pelbagai mod penggambaran berbeza yang lebih fleksibel seperti berikut:

  • 5MP Ultra Telephoto (f/2.0, OIS, 10x Hybrid Zoom, 50x Digital Zoom)
  • 12MP Portrait (1.4 µm, f/2.0, Dual Pixel Autofocus, 2x Optical Zoom)
  • 20MP Ultra Wide Angle (1.12 µm, f/2.2, 117°)
  • 2MP Macro (1.75 µm, AF)

 

Hasil Gambar:

This slideshow requires JavaScript.

Hasil Gambar oleh Mi Photographer:

This slideshow requires JavaScript.

 

Ciri-Ciri Dan Mod Penggambaran Lebih Hebat

Bukan setakat menyokong penta kamera 108MP, Mi Note 10 juga kini menampilkan perisian kamera yang telah dipertingkatkan keupayaannya dengan pelbagai ciri-ciri serta mod menarik seperti berikut:

1. Sokongan fail RAW

Sekiranya anda memiliki asas penggambaran, mod Pro membolehkan anda untuk menentukan sendiri tetapan kamera termasuklah White Balance, Focus, Shutter Speed, ISO dan juga lensa yang ingin digunakan.

Lebih menariknya anda juga boleh mengaktikfan pengambilan gambar dalam fail RAW – sekaligus memudahkan proses suntingan gambar yang jauh lebih baik berbanding fail JPEG.

2. Vlog Mode

Mi Note 10 merupakan telefon pintar pertama daripada Xiaomi yang tersedia dengan mod rakaman video baharu yang dikenali sebagai ‘Vlog Mode’. Tersedia dengan 7 pilihan efek berbeza, anda boleh merakam video pendek berdurasi sekitar 11 atau 12 saat menggunakan kreativiti masing-masing.

3. Night Mode 2.0

Tersedia dengan ‘Night Mode 2.0’, Mi Note 10 merupakan model pertama daripada Xiaomi yang menggunakan teknologi pengurangan noise berbilang-bingkai daripada fail RAW. Ini secara tidak langsung memastikan hasil gambar yang lebih terang tanpa noise.

This slideshow requires JavaScript.

4. Rakaman video dengan Super Stabilization

Keupayaan rakaman video pada Mi Note 10 juga tidak diabaikan kerana sokongan dwi OIS mampu menjanjikan prestasi rakaman yang lebih stabil. Bahkan apabila mod ‘Super Stabilization’ diaktifkan, sudut rakaman video kelihatan jauh lebih luas.

 

Ciri-Ciri Menarik Pada Mi Note 10:

1. Skrin AMOLED melengkung dengan Corning Gorilla Glass

Mi Note 10 memiliki paparan skrin AMOLED sebesar 6.47 inci FHD+ yang hadir dengan teknologi HDR 10 bagi memastikan kontras video yang lebih baik. Bahkan panel kaca pada bahagian depan dan belakangnya juga mendapat perlindungan daripada Corning Gorilla Glass 5.

This slideshow requires JavaScript.

Rekaan skrin melengkung pada panel depan dan belakang Mi Note 2 yang diperkenalkan sekitar tahun 2016 juga kini telah ditambah baik pada Mi Note 10 melalui sokongan bezel yang jauh lebih nipis.

2. Pengimbas cap jari dalam skrin lebih responsif

Menggunakan teknologi pengimbas cap jari optikal rata yang sangat nipis iaitu hanya 0.3mm. Menurut Xiaomi, ia mampu proses imbasan cap jari pada Mi Note 10 adalah lebih cepat, dan memiliki permukaan imbasan yang lebih luas.

3. Bateri 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W

Dengan sokongan bateri berkapasiti 5260mAh pada Mi Note 10, anda tidak lagi perlu risau kehabisan bateri kerana ia sudah tentunya mampu menawarkan ketahanan bateri yang jauh lebih lama.

This slideshow requires JavaScript.

Walaupun hadir dengan sokongan bateri yang sangat besar, masa pengecasan Mi Note 10 juga tidaklah mengecewakan kerana ia dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 30W. Malah palam kuasa dan kabel pengecasan pantas ini telah didatangkan terus di dalam kotak.

4. Sambungan menyeluruh

Ciri-ciri sambungan yang ditawarkan oleh Mi Note 10 sememangnya sangat lengkap dan menyeluruh. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan port inframerah yang boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk pelbagai produk elektrik (contoh: TV, penghawa dingin), NFC untuk penghantaran fail atau membuat bayaran, dan juga bicu audio 3.5mm untuk sambungan fon telinga ataupun mikrofon tambahan.

This slideshow requires JavaScript.

Kesimpulan:

Pada pendapat kami, kehadiran Mi Note 10 dengan sokongan lima lensa dengan resolusi maksimum mencecah sehingga 108MP bukan sekadar disasarkan untuk pengguna yang memfokuskan keupayaan penggambaran semata-mata. Selain daripada rekaan yang premium, Mi Note 10 juga sebenarnya sememangnya sesuai untuk anda yang gemarkan hiburan multimedia.

Apa yang pasti, anda boleh memiliki Mi Note 10 tanpa perlu berbelanja besar kerana ia ditawarkan pada harga yang berbaloi iaitu bermula daripada RM2,099 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang Mi Note 10, anda boleh melayari laman rasmi https://www.mi.com/my/mi-note-10/.

Miliki Siri Mi Note 10 anda hari ini:

Penafian: Advertorial daripada Xiaomi Malaysia



Previous ArticleNext Article

Send this to a friend