Xiaomi Mi Note 10 Lite Turut Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1599 Comments Off on Xiaomi Mi Note 10 Lite Turut Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1599

Selain mengumumkan harga dan ketersediaan Redmi Note 9 dan Note 9 Pro di Malaysia, Xiaomi juga turut mengumumkan satu lagi peranti terbaru untuk pasaran tanah air – Mi Note 10 Lite.

Mi Note 10 Lite ditawarkan dalam pilihan warna Glacier White, Midnight Black, dan warna istimewa Nebula Purple.

Mi Note 10 Lite dilengkapi kuadkamera belakang 64MP + 8MP + 5MP + 2MP, cip pemproses Snapdragon 730G, bateri 5260mAh dengan sokongan pengecasan 30W (100% dalam masa 64 minit), dan skrin AMOLED 6.47-inci. Harganya adalah RM1599 untuk 8GB+128GB. Peranti akan dijual mulai 12 Mei 2020.

Pembelian di Lazada akan menerima beg galas Mi Business Backpack 2 manakala melalui wakil penjual sah pula akan menerima Redmi Powerbank 20000mAh secara percuma untuk siapa yang terawal.

Baca spesifikasi peranti:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend