Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Penta Kamera 108MP Comments Off on Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Penta Kamera 108MP 211

Xiaomi sebelum ini baru sahaja melancarkan model terbaharunya iaitu Mi CC9 Pro yang dikhususkan untuk pasaran China, sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar dengan sokongan kamera beresolusi 108MP pertama di dunia. Menariknya kini model yang sama telah dilancarkan pula untuk pasaran global dengan menggunakan nama Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro.

Kedua-dua varian ini sebenarnya menampilkan sokongan spesifikasi yang sama sahaja, kecuali pada sokongan memori iaitu 6GB (LPDDR4x) + 128GB (UFS 2.1) untuk Mi Note 10, dan 8GB (LPDDR4x) + 256GB (UFS 2.1) untuk versi Pro. Selain itu perbezaan kedua adalah pada sokongan kamera utama 108MP yang tampil dengan lensa 7P untuk Mi Note 10, dan lensa 8P untuk Mi Note 10 Pro.

Spesifikasi lain adalah sama sahaja iaitu dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730G, dan juga dioperasikan dengan MIUI 11 yang masih lagi berasaskan daripada Android 9.0 Pie. Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro turut menampilkan paparan skrin AMOLED sebesar 6.47 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) daripada Gorilla Glass 5, dan dilengkapi dengan teknologi paparan DCI-P3.

Keistimewaan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro terletak pada keupayaan penggambaran penta kamera beresolusi 108MP (Samsung HMX sensor, f/1.69, OIS) + 20MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 12MP (Telephoto, 2x zum optikal, f/2.0) + 5MP (Telephoto, 10x zum hibrid, OIS) + 2MP (Macro). Manakala untuk kamera depan pula ia menyokong lensa beresolusi 32MP dengan sokongan ciri AI.

Kedua-dua model ini turut dijana dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 5260mAh, dan mampu dicas dengan sangat pantas menggunakan teknologi pengecasan 30W.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black, Mi Note 10 (6GB + 128GB) akan dijual pada harga EUR549 (~RM2,517) dan Mi Note 10 Pro (8GB + 256GB) pula berharga EUR649 (~RM2,975).

Baca juga:

Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Dengan Pentakamera 108MP, Super AMOLED, Bateri 5260mAh 30W

DxOMark: Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Skor Tangga Teratas Dengan 121 Mata

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend