Xiaomi Mi MIX Alpha Bakal Sokong Rekaan Skrin Melengkung ‘Ekstrem’ Dengan Kerangka Titanium Comments Off on Xiaomi Mi MIX Alpha Bakal Sokong Rekaan Skrin Melengkung ‘Ekstrem’ Dengan Kerangka Titanium 147

Baru-baru ini Xiaomi dilihat sudah mula memuat naik beberapa keping gambar acah yang mengesahkan tarikh pelancaran dua model meruc terbaharunya iaitu Mi 9 Pro dan juga Mi MIX 5G atau akan lebih dikenali sebagai Mi MIX Alpha. Antara kedua-dua peranti ini, Mi MIX Alpha telah menerima perhatian daripada banyak pihak berikutan kelainan rekaannya.

Sebelum ini ramai yang beranggapan Mi MIX Alpha bakal tampil dengan rekaan skrin boleh lipat, tetapi CEO Xiaomi sendiri telah mengesahkan ia tidak menyokong rekaan skrin boleh lipat. Malah berdasarkan gambar acah yang dikongsikan, ia jelas memperlihatkan rekaan skrin melengkung yang jauh lebih ekstrem jika dibandingkan dengan rekaan skrin ‘Horizon Display’ dengan sudut mencecah 88 darjah pada HUAWEI Mate 30 Pro.

Selain disahkan hadir dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 100%, Xiaomi juga turut berkongsi gambar acah yang menyaksikan tiga jenis bahan yang mungkin akan digunakan dalam pembuatan Mi MIX Alpha. Bahan pertama merujuk kepada Ti (Titanium) yang mungkin akan digunakan untuk kerangka, manakala SiO2 (Silica) dan Al2O3 (Alumina) pula mungkin merujuk kepada panel kaca yang lebih lasak.

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi juga dipercayai akan memperkenalkan rekaan baharu untuk kamera depannya, bagi menggantikan rekaan takuk, lubang kamera dalam skrin dan juga kamera terangkat. Jadi adakah Xiaomi akan mula mengkomersialkan rekaan kamera di dalam skrin sebagaimana yang pernah diperkatakan sebelum ini?! Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 24 September nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend