Xiaomi Mi Mix 3 Tiba Pada Januari Dengan Harga Kurang RM2500 Comments Off on Xiaomi Mi Mix 3 Tiba Pada Januari Dengan Harga Kurang RM2500

Facebook Mi Malaysia hari ini memuat naik satu imej acah terbaru menunjukkan satu peranti gelongsor bakal dijual tidak lama lagi di pasaran Malaysia. Peranti tersebut sudah tentu Xiaomi Mi Mix 3 dan berdasarkan apa yang dilihat ia bakal dijual pada harga kurang daripada RM2500 sebuah.

Peranti ini dibawa masuk mungkin atas permintaan ramai kerana ia merupakan peranti Xiaomi pertama dengan rekaan gelongsor. Xiaomi Mi Mix 3 menyediakan spesifikasi kelas mercu yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB.

[Pra-Pandang] Xiaomi Mi Mix 3 Dalam Warna ‘Jade Green’

Keunikan peranti ini adalah pada kamera depan yang boleh disembunyikan. Ia dimuatkan dwi kamera depan 24MP dan dwi kamera belakang 12MP yang prestasinya telah disenaraikan lima terbaik di DxOMark. Xiaomi Mi Mix 3 juga menawarkan skrin penuh bersaiz 6.39-inci FHD+ yang dikuasakan bateri berkapasiti 3200mAh.

Seperti apa yang telah diberitahu pihak Xiaomi Malaysia kepada kami sebelum ini, pakej pembelian turut didatangkan dengan pad pengecasan pantas tanpa wayar terus dari kotak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend