Xiaomi Mi MIX 3 Telah Disahkan Akan Hadir Dengan Rangkaian 5G Dan Juga RAM Mencecah 10GB Comments Off on Xiaomi Mi MIX 3 Telah Disahkan Akan Hadir Dengan Rangkaian 5G Dan Juga RAM Mencecah 10GB

Semalam Xiaomi telahpun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti flagship iaitu Mi MIX 3 secara rasmi pada 25 Oktober nanti. Sejak daripada itu, Xiaomi dilihat telah mula mendedahkan ciri-ciri menarik yang bakal disokong oleh model baharunya itu melalui poster rasmi.

Imej poster pertama yang mengesahkan sokongan rangkaian 5G pada Mi MIX 3.

Jika sebelum ini Xiaomi Mi MIX 3 telah dilaporkan akan menyokong rangkaian berkelajuan tinggi 5G, hari ini perkara itu telah disahkan sebagai sahih oleh Xiaomi sendiri. Apa yang mengejutkan, Xiaomi juga turut mendedahkan bahawa Mi MIX 3 akan turut diperkenalkan dalam varian tertinggi dengan sokongan RAM berkapasiti 10GB.

Imej poster kedua pula mengesahkan sokongan varian tertinggi Mi MIX 3 dengan kapasiti RAM mencecah 10GB.

Dari segi rekaan fizikal yang pernah tertiris sebelum ini, Xiaomi Mi MIX 3 dipercayai akan tampil dengan rekaan skrin penuh. Lebih istimewa, rekaan gelongsor manual pada peranti ini membolehkan Xiaomi untuk menempatkan lubang earpiece, kamera hadapan dan juga sensor di sebalik skrin penuh itu.

Baca juga:

Ketirisan Video Xiaomi Mi MIX 3 Memperlihatkan Rekaan Kamera Gelongsor Manual

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend