Xiaomi Mi MIX 3 Dengan Sokongan 5G Akan Mula Ditawarkan Bermula Mei 2019 Nanti Comments Off on Xiaomi Mi MIX 3 Dengan Sokongan 5G Akan Mula Ditawarkan Bermula Mei 2019 Nanti 147

Xiaomi Mi MIX 3 telahpun dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2018 yang lalu, dan peranti mercu ini sudahpun boleh dimiliki di Malaysia pada harga bermula daripada RM2199 pada 12 Januari 2019.

Bersempena acara MWC 2019 yang sedang berlangsung, Xiaomi telah mengumumkan kemunculan versi peningkatan Mi MIX 3 yang kini akan tersedia dengan sokongan rangkaian 5G. Berbeza dengan versi sebelum ini yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, Mi MIX 3 5G menjanjikan prestasi jauh lebih baik dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855.

Ketersediaan modem Snapdragon X50 5G pada peranti ini turut membolehkannya untuk menyokong sambungan rangkaian 5G yang menjanjikan pengalaman Internet yang jauh lebih pantas. Bahkan prestasi peranti ini juga lebih stabil dengan rekaan baharu sistem penyejukan hibrid.

Sokongan cipset 7nm dengan CPU Kryo 485 berupaya menjanjikan prestasi satu teras mencecah sehingga 45%, manakala GPU Adreno 640 pula memastikan peningkatan prestasi sehingga 20% berbanding generasi sebelumnya. Qualcomm AI Engine generasi ke-4 juga mampu menawarkan prestasi AI sehingga tiga kali ganda lebih pantas.

Xiaomi Mi MIX 5G akan mula tersedia di pasaran bermula Mei 2019 nanti dalam dua warna pilihan iaitu Onyx Black dan Sapphire Blue. Ia akan dijual pada harga bermula daripada €599 (kira-kira RM2,766).

Baca juga:

Xiaomi Mi MIX 3 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 12 Januari Dengan Harga Bermula Daripada RM2,199

Xiaomi Mi MIX 3 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 845, RAM 10GB, Panel Seramik Dan Skrin AMOLED 6.39″

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend