Xiaomi Mi MIX 3 Dengan Skrin Penuh Mungkin Diperkenalkan Pertengahan Bulan September Comments Off on Xiaomi Mi MIX 3 Dengan Skrin Penuh Mungkin Diperkenalkan Pertengahan Bulan September

Hari ini khabar angin yang bertiup dari negara China mengatakan Xiaomi bakal melancarkan peranti generasi ketiga Xiaomi Mi MIX pada pertengahan bulan depan dimana tarikh khusus telahpun diperlihatkan di poster acah. Apa yang menarik ialah Xiaomi Mi MIX 3 akan mengenakan skrin penuh dan tidak lagi hadir dengan ruang dagu seperti Mi MIX 2s.

Perubahan besar yang dilakukan pada telefon keluaran Xiaomi nampaknya mengikut jejak langkah vivo dan Oppo. Menurut sumber, Xiaomi Mi MIX 3 akan dilengkapi kamera gelungsur sama seperti vivo NEX. Setelah menterjemah imej acah, ayat yang pertama berbunyi seperti “Jika skrin penuh ialah kombinasi daripada takuk dan bezel bawah”, sementara ayat kedua pula ialah “Semuanya telah dibuang!”.

Xiaomi Mi MIX 2 telah dilancarkan pada bulan September tahun lepas, selepas itu Mi MIX 2s enam bulan berikutnya dan tidak mustahil untuk generasi ketiga ini akan diperkenalkan pada bulan depan. Bagaimanapun, khabar angin ini masih belum disahkan oleh pihak Xiaomi sendiri.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend