Xiaomi Mi MIX 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 12 Januari Comments Off on Xiaomi Mi MIX 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 12 Januari

Xiaomi Mi Mix 3 telah diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, malangnya sehingga sekarang ia masih belum boleh dimiliki oleh pengguna di Malaysia. Terkini, Mi Malaysia memuat naik status perkongsian di Facebook memaklumkan peranti ini bakal dilancarkan di negara ini pada 12 Jan 2019.

Ini adalah seperti yang dijadualkan, malah ada khabar angin mengatakan Xiaomi Mi Mix 3 akan dijual dengan tanda harga RM2299 seunit. Peranti ini juga telah disenaraikan di dalam carta DxOMark dan telah mendapat tempat kelima selepas Samsung Galaxy Note 9.

Peranti gelongsor manual ini dilengkapi empat kamera, dua untuk swafoto dan dua untuk penggambaran utama. Ia menempatkan skrin sebesar 6.39-inci HD penuh+ dan dipadatkan bersama bateri sebesar 3200mAh. Apa yang menarik, ia didatangkan sekali dengan pengecasan pantas tanpa wayar terus dari kotak.

[Pra-Pandang] Xiaomi Mi Mix 3 Dalam Warna ‘Jade Green’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend