Xiaomi Mi MIX 2S Ditawarkan Pada Harga RM999 Dengan Lebih Banyak Diskaun Boleh Dinikmati – ‘Lazada Mid-Year Festival’ Comments Off on Xiaomi Mi MIX 2S Ditawarkan Pada Harga RM999 Dengan Lebih Banyak Diskaun Boleh Dinikmati – ‘Lazada Mid-Year Festival’ 157

Seperti yang kita sedia maklum, Lazada bakal mengadakan promosi istimewa ‘Mid-Year Festival’ yang akan berlangsung esok (12 Julai 2019). Menariknya hari ini Xiaomi Malaysia turut mengumumkan untuk menyertai promosi istimewa tersebut dengan menawarkan pelbagai diskaun hebat untuk pelbagai model telefon pintar dan juga aksesori keluarannya.

Bagi memeriahkan promosi ini, Xiaomi akan turut mengadakan jualan kilat untuk tempoh terhad iaitu bermula jam 12 tengah malam ini hingga 2 pagi (12 Julai 2019). Dalam tempoh tersebut, anda boleh memiliki model Xiaomi Mi MIX 2S pada harga hanya RM999 (harga asal RM1,799). Selain itu Mi Band 3 pula akan ditawarkan pada harga RM99 (harga asal RM129), manakala Redmi Note 7 berharga RM799 akan turut ditawarkan dengan perlindungan LazadaCare Plus.

‘Lazada Mid-Year Festival’ Flash Sales:

Untuk sepanjang hari pada 12 Julai 2019, pengguna juga boleh menikmati diskaun ataupun perlindungan LazadaCare Plus sehingga 2 tahun untuk model telefon pintar ataupun aksesori terpilih keluaran Xiaomi. Antara model yang ditawarkan termasuklah Mi 9T, Mi Robot Vacuum Cleaner, Mi 9, Mi Dash Cam, 10000mAh Mi Power Bank 2S, dan juga Mi Action Camera 4K.

Untuk menikmati diskaun dan juga tawaran menarik sempena promosi ‘Lazada Mid-Year Festival’ ini, anda boleh membelinya secara eksklusif di https://www.lazada.com.my/shop/xiaomi-official-store/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend