Xiaomi Mi Max 3 Dengan Skrin 6.9 Inci, Snapdragon 636 Dan Bateri 5500 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Xiaomi Mi Max 3 Dengan Skrin 6.9 Inci, Snapdragon 636 Dan Bateri 5500 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

inci Selepas pelbagai berita ketirisan tentang Xiaomi Mi Max 3 tersebar di Internet, hari ini model dengan sokongan skrin besar itu telah dilancarkan secara rasmi di China. Berbeza dengan model Mi Max 2 sebelum ini, generasi terbaru ini telah menerima penambahbaikan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Walaupun hadir dengan sokongan skrin 18:9 yang besar mencecah 6.9 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), Xaomi Mi Max 3 hadir dalam saiz kerangka yang kompak hampir menyamai kerangka Mi Max 2 yang memiliki skrin 6.3 inci. Xiaomi turut menjanjikan peningkatan tahap keterangan skrin sehingga 19% dan juga 50% kontras lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Xiaomi Mi Max 3 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, turut dioperasikan dengan antaramuka MIUI berasaskan Android 8.1 Oreo. Ia juga turut menjanjikan keupayaan sambungan terbaik seperti WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, 4G VoLTE, USB Type-C, dan juga bicu audio 3.5mm.

Dari segi keupayaan penggambarannya pula, Mi Max 3 dilengkapi dengan dwi kamera AI beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, manakala kamera hadapannya pula hadir dengan sokongan 8 Megapiksel yang dilengkapi ciri AI untuk efek bokeh, lampu LED dan juga Face Unlock. Aspek ketahanan bateri 5500 mAh pada Mi Max 3 mampu memastikan penggunaan selama dua hari dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Xiaomi Mi Max 3 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Black Stone, Deep Sea Blue dan Dream Gold. Terdapat dua varian akan dijual iaitu 64GB + RAM 4GB yang akan dijual pada harga CNY1,699 (kira-kira RM1,017) dan varian 128GB + RAM 6GB boleh dimiliki dengan harga CNY1,999 (kira-kira RM1,196).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend