Xiaomi Mi Max 3 Dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 710 Telah Dinafikan Kewujudannya Comments Off on Xiaomi Mi Max 3 Dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 710 Telah Dinafikan Kewujudannya

Xiaomi sebelum ini telah melancarkan telefon pintar terbarunya dengan sokongan paparan skrin sebesar 6.9 inci di China dengan penawaran model Mi Max 3. Seperti yang kami telah kongsikan, Xiaomi Mi Max 3 hadir dalam dua varian yang menampilkan sokongan memori berbeza, tetapi kedua-duanya telah dioperasikan dengan pemproses Snapdragon 636.

Selain menyokong saiz skrin yang besar, Xiaomi Mi Max 3 turut menawarkan sokongan kapasiti bateri besar mencecah 5,500 mAh.

Sungguhpun begitu, ada khabar angin yang berpendapat Xiaomi akan hadir dengan satu lagi varian tertinggi iaitu Mi Max 3 Pro yang dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710. Nampaknya khabar angin mengenai kewujudan Mi Max 3 Pro telah dinafikan sendiri oleh Pengarah Pemasan Produk Xiaomi iaitu Zhi Zhiyuan.

Perkara ini telah dikongsikan oleh beliau melalui akaun Weibo, dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan ada di antara peminat Xiaomi yang kecewa dengan kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, spesifikasi yang disokong oleh Mi Max 3 dilihat sudah cukup baik jika dibandingkan dengan generasinya sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend