Xiaomi Mi Compact Bluetooth Speaker 2 Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 6 Jam Kini Dilancarkan Comments Off on Xiaomi Mi Compact Bluetooth Speaker 2 Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 6 Jam Kini Dilancarkan

Dalam diam-diam, hari ini Xiaomi secara rasminya telah melancarkan speaker Bluetooth kompak terbaharu keluarannya iaitu Mi Compact Bluetooth Speaker 2 untuk pasaran India. Dengan rekaan yang sangat kecil berukuran 50 x 32mm dan juga berat hanya 54g, speaker kompak ini hadir dengan rekaan lubang speaker yang agak menarik.

Sungguhpun saiz kerangkanya kelihatan kecil, Mi Compact Bluetooth Speaker 2 dengan sokongan pemacu neodymium ternyata mampu menjanjikan kualiti audio yang sangat berkuasa, terang dan jelas. Lebih menariknya, ia turut dilengkapi dengan mikrofon terbina-dalam bagi membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk.

Pada speaker ini, anda boleh menemui lampu status LED, lubang lanyard, dan juga butang pelbagai fungsi yang berfungsi sebagai butang kuasa, butang sambungan, butang menerima/menolak panggilan masuk, dan juga butang kawalan muzik. Melalui sambungan Bluetooth v4.2, speaker kompak ini menyokong frekuensi audio antara 200Hz hingga 18000Hz, serta mempunyai impedans sebanyak 4 Ohm.

Mi Compact Bluetooth Speaker 2 dengan bateri Lithium-ion berkapasiti 480 mAh ini dikatakan mampu menjanjikan ketahanan bateri sehingga 6 jam. Ia kini sudah mula dijual di India pada harga INR799 (kira-kira RM45).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend