Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Hanya Berjaya Raih Skor 54 Mata Dalam Ujian DxOMark Audio Comments Off on Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Hanya Berjaya Raih Skor 54 Mata Dalam Ujian DxOMark Audio

Sebelum ini DxOMark telah meletakkan Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition dalam kelompok empat model teratas untuk keupayaan penggambaran kamera utamanya dengan skor mencecah 121 mata, sekaligus berkongsi kedudukan dengan HUAWEI Mate 30 Pro.

Namun begitu, dari segi prestasi audio, skor yang diperolehi oleh Mi CC9 Pro Premium Edition dilihat tidak begitu baik kerana ia hanya mampu mencatatkan setakat 54 mata sahaja. Skor ini telah menempatkannya di kedudukan empat dari bawah iaitu kurang 6 mata berbanding Mate 30 Pro, dan lebih 1 mata berbanding HONOR 20 Pro.

Skor yang agak rendah ini sebenarnya berpunca daripada sokongan satu speaker sahaja yang ditempatkan pada bahagian bawah kerangka Mi CC9 Pro Premium Edition.

Namun begitu, kehadiran bicu audio 3.5mm pada Mi CC9 Pro Premium Edition sekurang-kurangnya mampu menjanjikan pengalaman audio yang lebih baik dengan menggunakan fon telinga berwayar.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend