Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Dengan Pentakamera 108MP, Super AMOLED, Bateri 5260mAh 30W Comments Off on Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Dengan Pentakamera 108MP, Super AMOLED, Bateri 5260mAh 30W 181

Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru, Mi CC9 Pro secara rasmi untuk pasaran China. Peranti ini hadir dengan sistem pentakamera belakang yang menempatkan lima sensor sebaris, salah satunya dengan 108MP.

Mi CC9 Pro dilengkapi paparan 6.47-inci Super AMOLED dengan skrin beresolusi FHD+. Kamera depan melalui takuk titisan air menggunakan lensa 32MP, sementara kamera belakang tampil dengan lensa utama 108MP Sony ISOCELL Bright HMX + 5MP telefoto 5x zum optikal + 12MP telefoto 2x zum optikal + 20MP ultralebar + 2MP kamera makro.

Dikuasakan cip pemproses Snapdragon 730G, Mi CC9 Pro turut dijana bateri sebesar 5260mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W. Menurut Xiaomi, bateri ini boleh dicas penuh hanya dalam masa 65 minit melalui sambungan Power Delivery USB-C. Peranti menjalankan sistem operasi MIUI 11 berasaskan Android 9 Pie.

Mi CC9 Pro dikatakan boleh menangkap gambar menggunakan lensa telefoto utama sehingga 5x zum manakala digital sehingga 50x zum. Gambar jarak dekat atau makro pula ialah 1.5cm iaitu jarak terdekat pernah ditawarkan untuk sebuah telefon pintar.

Mi CC9 Pro hadir dengan konfigurasi 6GB+128GB dan 8GB+256GB. Masing-masing mengenakan tanda harga CNY2799 (~RM1654) dan CNY3099 (~RM1831) manakala varian yang dipanggil Premium Edition dijual CNY3499 (~RM2067). Peranti ini dikeluarkan dalam pilihan warna Aurora Green, Glacier White, dan Midnight Black.

Namun begitu, Mi CC9 Pro hanya ditawarkan di China sahaja buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend