Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilancarkan Pada 5 November Ini Dengan Kamera 108MP Comments Off on Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilancarkan Pada 5 November Ini Dengan Kamera 108MP 249

Xiaomi dalam perkembangan terkini telah mengacah kehadiran peranti terbaru iaitu Xiaomi Mi CC9 Pro. Ia sebuah telefon dengan kamera 108MP dan apabila dilancarkan kelak, bakal menjadi telefon pintar kedua menggunakan kamera seumpama itu selepas Mi MIX Alpha.

Sensor yang digunakan pula ialah jenis ISOCELL Bright HMX 108MP yang telah diperkenalkan oleh Samsung pada bulan Ogos lalu. Tidak mengejutkan kerana pada masa itu Samsung memang telah bekerjasama dengan Xiaomi untuk pengeluaran sensor ini.

Selain dari megapiksel yang besar pada lensa utama, peranti ini turut menyertakan lensa telefoto dengan zum 5x optikal. Konfigurasi empat kamera belakang juga dipadankan dengan lensa ultralebar dan makro disamping dua LED flash.

Xiaomi Mi CC9 Pro dipercayai akan membawa ciri pengecasan pantas 30W dan akan dilancarkan pada 5 November 2019. Jadi, sama-sama kita nantikan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend