Xiaomi Mi Bunny Watch 3 (Versi 4G) Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED, Corning Gorilla Glass 3 Comments Off on Xiaomi Mi Bunny Watch 3 (Versi 4G) Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED, Corning Gorilla Glass 3

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan jam tangan pintar kanak-kanak terbaru, Mi Bunny Watch 3 versi 4G. Ianya sebuah versi naik taraf untuk jam tangan pintar terdahulu, Mi Bunny Phone Watch 2c. Jam tangan pintar ini direka khusus untuk si cilik, maka warna yang dikeluarkan juga agak ceria menerusi pilihan warna Biru Muda dan Merah Jambu.

Reka bentuk jam ini lebih bersegi melalui paparan AMOLED 1.41-inci HD retina-class beresolusi 320 x 360. Skrin jam ini juga dilindungi panel Corning Gorilla Glass 3 yang mampu bertahan daripada kerosakan calar serta hentakan. Rekaan di sekeliling skrin yang melengkung turut menyumbang kepada nilai estetik peranti.

Mi Bunny Watch 3 pada masa sama turut menyokong ciri kalis air dan debu IPX7. Selain itu tali jam juga dikatakan mampu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak malah bahan yang digunakan juga tidak sensitif kepada kulit.

Daripada segi dalaman, Mi Bunny dilengkapi modem 4G untuk membolehkan pengguna menerima panggilan serta menghantar pesanan suara. Ia juga hadir dengan kamera 2MP HD dengan lensa bersudut 30-darjah yang boleh mengesan tumbuh-tumbuhan bagi melancarkan pembelajaran kanak-kanak.

Selain daripada itu, terdapat integrasi GPS, Beidou, Wi-Fi, dan sensor graviti pada badan jam. Menariknya, ibu bapa boleh tetapkan jaringan keselamatan pada aplikasi untuk memantau lokasi anak mereka serta menjejak sekiranya mereka di luar kawasan pemantauan.

Daripada segi ketersediaan, Mi Bunny Watch 3 akan dijual di laman e-dagang Mi Mall, Tmall, Jingdong, dan Suning bermula 24 Jun depan. Malangnya segala bunyi ini kedengaran untuk pasaran China sahaja buat masa sekarang.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend