Xiaomi Mi Band 4 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Pelbagai Muka Jam Tambahan Comments Off on Xiaomi Mi Band 4 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Pelbagai Muka Jam Tambahan 177

Hari ini pemilik Mi Band 4 telah mula menerima kemas kini baharu untuk peranti kecergasan keluaran Xiaomi yang dijual secara rasmi di negara ini pada hujung bulan Jun 2019 yang lalu.

Melalui kemas kini baharu yang boleh dipasang melalui aplikasi Mi Fit pada peranti Android atau iOS, Mi Band 4 akan menampilkan lebih banyak muka jam tambahan. Antaranya termasuklah pelbagai muka jam yang diinspirasikan daripada zaman Dinasti di China yang menampilkan karakter pahlawan pada masa itu.

Mi Band 4 menyokong paparan skrin sentuh AMOLED berukuran 0.96 inci, ciri kalis air pada kedalaman sehingga 50 meter (5ATM) dan juga ketahanan bateri sehingga 20 hari. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sensor 6-axis yang mampu menjanjikan pemantauan tidur, monitor degupan jantung dan juga GPS yang lebih tepat.

Baca juga:

Xiaomi Mi Band 4 Berharga RM149 Kini Sudah Boleh Dibeli, Manakala Xiaomi Mi 9T 128GB Akan Ditawarkan Bermula 27 Jun – Shopee Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend