Xiaomi Mi Band 4 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Panel AMOLED 0.95″, Ciri Kalis Air 5ATM Dan NFC Comments Off on Xiaomi Mi Band 4 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Panel AMOLED 0.95″, Ciri Kalis Air 5ATM Dan NFC 321

Hari ini dengan rasminya Xiaomi telahpun melancarkan peranti boleh pakai terbaharunya iaitu Mi Band 4 untuk pasaran di China. Model pengganti untuk Mi Band 3 yang dilancarkan pada Mei tahun lepas ini telah menawarkan penambahbaikan menyeluruh dari segi spesifikasi dan juga fungsinya.

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat pada Mi Band 4 adalah sokongan skrin sentuh yang lebih besar dengan penggunaan panel 2.5D AMOLED yang kalis calar. Hadir dengan 77 pilihan muka jam, ia juga turut menjanjikan ciri kalis air 5ATM yang mampu bertahan pada kedalaman sehingga 50 meter.

Mi Band 4 juga turut dilengkapi dengan sensor 6-axis yang mampu memastikan ketepatan bacaan sensor yang lebih tinggi untuk pelbagai aktiviti kecergasan berbeza. Malah fungsi pengecaman ‘smart stroke’ pada Mi Band 4 ini juga membolehkannya untuk mengenal pasti pelbagai teknik renangan termasuklah Freestyle, Backstroke, dan juga Butterfly stroke.

Selain itu, Mi Band 4 juga turut tersedia dalam versi NFC yang menyokong pembayaran tanpa tunai menggunakan platform Alipay di China. Versi NFC ini juga turut dilengkapi dengan mikrofon terbina-dalam untuk sokongan pembantu maya Xiao AI yang mampu mengawal aksesori Smart Home ioT keluaran Xiaomi.

Lebih menariknya, Xiaomi turut memperkenalkan Mi Band 4 edisi Avengers yang didatangkan dengan cangkuk dan juga warna tali pergelangan tangan berbeza yang terdiri daripada Captain America, Avengers dan juga Iron Man.

Harga jualan Xiaomi Mi Band 4:

  • Mi Band 4 – CNY169 (kira-kira RM102)
  • Mi Band 4 (versi NFC) – CNY229 (kira-kira RM138)
  • Mi Band 4 (edisi Avengers) – CNY349 (kira-kira RM210)

Spesifikasi Xiaomi Mi Band 4:

  • 0.95 inci AMOLED, 120 x 240 piksel
  • 2.5D kalis calar dengan keterangan sehingga 400 nits
  • Mikrofon terbina-dalam dengan pembantu maya (versi NFC sahaja)
  • Photoplethysmography (PPG) / Heart rate sensor
  • 6-axis sensor (tri-axis Accelerometer + tri-axis Gyro, Capacitive Wear Monitoring Sensor)
  • 22.1g / 22.2g (versi NFC)
  • 5ATM (kalis air pada kedalaman sehingga 50 meter)
  • Bluetooth 5.0 LE
  • 135mAh / 125mAh (versi NFC)
  • Ketahanan bateri sehingga 20 hari / 15 hari (versi NFC)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend