Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Mungkin Akan Dilengkapi Qualcomm Snapdragon Siri-700 Comments Off on Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Mungkin Akan Dilengkapi Qualcomm Snapdragon Siri-700

Xiaomi mempunyai banyak segmen telefon pintar, salah satunya adalah di bawah program Android One seperti contoh tahun lalu menerusi Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite. Dalam perkhabaran terbaru, Xiaomi kini dilaporkan sedang membangunkan generasi terbaru siri tersebut.

XDA Developers baru-baru ini telah mendedahkan kod nama ‘bamboo_sprout’ dan ‘cosmos_sprout’ untuk peranti Android One akan datang. Dikatakan, kod ini merujuk kepada dua peranti iaitu Mi A3 dan Mi A3 Lite. Selain dua nama ini, kod nama ‘pyxis’ turut kelihatan malah ia merujuk kepada pengganti Mi 6X yang diperkenalkan di China tahun lalu.

Ketua editor XDA, Mishaal Rahman melalui kicauan terbarunya telah memberitahu ketiga-tiga telefon pintar ini akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon daripada siri-700. Bagaimanapun Rahman masih tidak pasti adakah Xiaomi akan meletakkan cipset SDM710 atau SDM712 pada peranti tersebut.

Bagaimanapun, khabar angin dari sumber lain pula mendakwa siri Mi A3 akan menggunakan platfom mudah alih Snapdragon 730. Setakat ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi untuk dua peranti tersebut tetapi apa yang pasti ia akan dioperasikan sistem Android 9.1 Pie.

Xiaomi Mi A3 dan Mi A3 Lite mungkin akan diperkenalkan pada bulan yang sama, Julai tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend