Xiaomi Mi A2 Lite Muncul Dengan Skrin Bertakuk, Bateri Besar, Android One Comments Off on Xiaomi Mi A2 Lite Muncul Dengan Skrin Bertakuk, Bateri Besar, Android One

Xiaomi hari ini melancarkan dua buah peranti di bawah kategori pertengahan iaitu Xiaomi Mi A2 dan Xiaomi Mi A2 Lite yang kedua-dua diletakkan dibawah program Android One. Oleh itu, ia tidak didatangkan dengan antaramuka MIUI sebaliknya menawarkan antaramuka Android asli.

Jika sebelum ini kebanyakan peranti Xiaomi hadir dengan skrin biasa yang memanjang, Mi A2 Lite pula didatangkan dengan skrin bertakuk. Saiz skrin ialah 5.84-inci dengan resolusi FHD+ disokong perkakasan dalaman seperti cipset Snapdragon 625, RAM 3GB atau 4GB, serta storan 32GB atau 64GB. Peranti ini turut menyediakan tiga slot untuk dua kad SIM dan satu kad memori.

Terdapat dwi kamera di sebelah belakang menggunakan sensor 12MP+5MP dengan sensor yang lebih besar. Untuk penggambaran swafoto, ia tidak membosankan kerana adanya mod bokeh yang mampu mengambil gambar latar belakang kabur menerusi sensor 5MP. Dengan ketebalan 8.8mm, sebuah bateri sebesar 4,000mAh telah dimuatkan bersama melalui sambungan pengecasan zaman purba microUSB.

Xiaomi Mi A2 Lite telah disenaraikan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan kami menjangkakan ia akan ditawarkan di negara ini dalam masa terdekat pada harga yang cukup kompetitif.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend