Xiaomi Mi A2 Dipercayai Sokong Qualcomm Snapdragon 626, Storan 64GB, RAM 4GB Dan Android 8.1 Oreo Comments Off on Xiaomi Mi A2 Dipercayai Sokong Qualcomm Snapdragon 626, Storan 64GB, RAM 4GB Dan Android 8.1 Oreo

Seminggu yang lepas kami ada berkongsi dengan pembaca rekaan Xiaomi Mi A2 atau lebih dikenali sebagai model Mi 6X untuk pasaran di China. Melalui perkongsian itu juga, kami ada mendedahkan bahawa model ini menyokong paparan skrin 18:9 berukuran 5.99 inci FHD+ dengan bateri berkapasiti 2910 mAh.

Hari ini lebih banyak spesifikasi Xiaomi Mi A2 didedahkan melalui specs sheet yang tertiris di Internet. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Xiaomi Mi A2 akan dikuasakan dengan pemproses Cortex-A53 berasaskan 14 nm LPP iaitu Qualcomm Snapdragon 626 berkelajuan 2.2 GHz. Tampil dengan platform Android One, ia dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo tanpa sentuhan antaramuka MIUI sebagaimana peranti Xiaomi yang lain.

Xiaomi Mi A2 ini turut menawarkan sokongan storan sebesar 64GB dengan kapasiti RAM 4GB. Manakal aspek penggambarannya pula membawakan konfigurasi dwi kamera beresolusi 20 Megapiksel + 8 Megapiksel dengan aperture f/2.0 dan juga f/1.8. Kamera swafoto peranti ini pula menampilkan lensa beresolusi 20 Megapiksel dengan aperture f/2.0.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend