Xiaomi Mi A2 Akan Mula Dijual Di Malaysia Mulai 3 Ogos 2018 – Harga Bermula Dari RM999 Comments Off on Xiaomi Mi A2 Akan Mula Dijual Di Malaysia Mulai 3 Ogos 2018 – Harga Bermula Dari RM999

Xiaomi Mi A2 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global di dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Madrid pada minggu lepas. Sepertimana yang telah tertiris sebelum ini, Xiaomi Malaysia hari ini telah mengesahkan harga jualan Xiaomi Mi A2 untuk pasaran tempatan dengan penawaran dua varian iaitu 64GB + RAM 4GB yang akan dijual pada harga RM999, manakala varian 128GB + RAM 6GB pula ditawarkan pada harga RM1,199.

Ketersediaan Xiaomi Mi A2 di Malaysia akan bermula pada 3 Ogos 2018 ini secara eksklusif di stor rasmi Xiaomi di KLCC. Lebih menariknnya, 200 pembeli pertama akan turut menerima facial mask SKII dan juga batang swafoto secara percuma. Manakala jualan Xiaomi Mi A2 akan dibuka di seluruh negara pada 4 Ogos nanti di semua stor rasmi Xiaomi, Lazada dan juga pengedar yang sah.

Xiaomi Mi A2 dengan sokongan platform Android One berasaskan Android 8.1 Oreo ini telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, dwi kamera utama 12MP (f/1.75) + 20MP (f/1.75), kamera hadapan 20MP dengan sokongan Soft-selfie light serta kecantikan AI, paparan skrin 5.99 inci FHD+, dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh dengan pengecasan 10W.

Untuk pasaran tempatan, Xiaomi Mi A2 akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu emas, hitam dan juga biru.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend