Xiaomi Mi A1 Disahkan Bakal Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Tidak Lama Lagi Comments Off on Xiaomi Mi A1 Disahkan Bakal Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Tidak Lama Lagi

Diperkenalkan lebih kurang setahun yang lalu, Xiaomi Mi A1 merupakan siri pertama daripada Xiaomi yang tidak lagi dioperasikan dengan antaramuka MIUI. Walaupun pada awal kemunculannya di pasaran, ia hanya menyokong Android 7.1.2 Nougat berasaskan platfrom Android One, tidak lama selepas itu ia menerima pula kemas kini Android 8.0 Oreo.

Namun begitu baru-baru ini model Mi A1 dengan versi Android 9.0 Pie dilihat telah mula membuat kemunculan di laman sesawang penanda aras Geekbench. Pendedahan ini secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa pemilik peranti Mi A1 bakal menerima kemas kini tersebut tidak lama lagi.

Sebagai rujukan, Xiaomi Mi A1 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, kombinasi memori 4GB RAM + 64GB, paparan skrin 5.5 inci FHD (1920 x 1080 piksel), dwi kamera utama beresolusi 12MP (f/2.2) + 12MP (f/2.6), kamera depan 5MP, dan juga bateri berkapasiti 3080 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend