Xiaomi Mi 9T Pro Varian Tertinggi Terima Penurunan Harga – Kini Berharga RM1599 Comments Off on Xiaomi Mi 9T Pro Varian Tertinggi Terima Penurunan Harga – Kini Berharga RM1599

Berita baik buat peminat Xiaomi, anda kini boleh mendapatkan Xiaomi Mi 9T Pro pada harga RM1599. Penurunan harga sebanyak RM200 ini sekaligus menjadikan ia antara telefon pintar dengan Snapdragon 855 mampu dimiliki buat masa sekarang. Harga baharu ini adalah untuk varian 6GB + 128GB dan ia boleh didapati di semua cawangan Mi Store seluruh negara.

Bagi yang belum mengenali Xiaomi Mi 9T Pro, peranti ini dilengkapi paparan AMOLED 6.39-inci dengan fungsi pengimbas cap jari bawah skrin. Kamera pop-naik 20MP dan trikamera belakang 48MP + 13MP + 8MP turut menjanjikan pengalaman fotografi yang baik bersama-sama prestasi yang lancar menerusi cip pemproses Snapdragon 855 dengan kuasa bateri 4000mAh.

Peranti ini juga boleh memainkan permainan bergrafik tinggi dengan bantuan sistem penyejukan graphite serta boleh dicas semula dengan pantas menerusi teknologi pengecasan 27W.

Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar berkuasa tetapi mahukan harga mesra poket, Mi 9T Pro sudah tentu boleh dipertimbangkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend