Xiaomi Mi 9T Pro Dengan Harga Bermula RM1,599 Akan Dijual Secara Rasmi Pada 30 Ogos 2019 Comments Off on Xiaomi Mi 9T Pro Dengan Harga Bermula RM1,599 Akan Dijual Secara Rasmi Pada 30 Ogos 2019

Xiaomi Malaysia hari ini akhirnya telah mengumumkan ketibaan telefon pintar mercunya dengan pelancaran Xiaomi Mi 9T Pro untuk pasaran tempatan. Dijual dengan tanda harga bermula daripada RM1599, Mi 9T Pro akan tersedia di pasaran pada 30 Ogos 2019 nanti.

Dengan menampilkan rekaan mirip seperti Mi 9T, Mi 9T Pro menjanjikan sokongan spesifikasi lebih berkuasa untuk pengguna yang mementingkan aspek permainan mudah alih yang terbaik. Ini kerana ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855 dan juga sistem penyejukan 8-lapisan grafit yang mampu memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar.

Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi dengan Game Turbo 2.0 yang berupaya meningkatkan respons sentuhan, kualiti bunyi, kekuatan isyarat rangkaian, dan juga sokongan panggilan dalam permainan. Melalui fungsi tersebut, kadar sentuhan peranti ini mampu mencapai 180Hz dan dalam masa yang sama mengurangkan masa respons sehingga 70 milisaat.

Xiaomi Mi 9T Pro menyokong teknologi pengecasan pantas 27W, tetapi di dalam kotak pembungkusan hanya didatangkan dengan pengecasan pantas 18W sahaja.

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh, anda mampu mengecas Mi 9T Pro dalam masa yang lebih singkat melalui sokongan teknologi pengecasan pantas 27W. Ini bermakna ia mampu mengecas bateri sehingga 58% dalam masa 30 minit, dan masa pengecasan penuh hanya 73 minit sahaja.

Xiaomi Mi 9T Pro ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Carbon BlackFlame Red, Glacier Blue dan Pearl White. Terdapat dua varian ditawarkan iaitu 6GB + 64GB yang dijual pada harga RM1599, manakala varian 6GB + 128GB pula dijual pada harga RM1799. Kedua-dua varian ini akan dijual kedai atas talian dan juga kedai fizikal Mi Stores yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi Xiaomi Mi 9T Pro:

  • MIUI 10 (Android 9.0 Pie)
  • Game Turbo 2.0
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB + 64GB / 6GB + 128GB
  • 6.39 inci AMOLED Full Screen Display FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera utama: 48MP (f/1.75) + 13MP (Ultra Wide Angle, f/2.4) + 8MP (Telephoto, 2x zum optikal, f/2.4)
  • Kamera depan: 20MP Pop-naik (f/2.2)
  • 4000mAh (27W)
  • Pengimbas cap jari dalam skrin
  • 156.7 x 74.3 x 8.8mm / 191g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend