Xiaomi Mi 9T Pro Akan Dilancarkan Di Peringkat Global Pada 20 Ogos Ini Comments Off on Xiaomi Mi 9T Pro Akan Dilancarkan Di Peringkat Global Pada 20 Ogos Ini 156

Redmi K20 dan K20 Pro telah diperkenalkan di China pada bulan Mei lalu. Namun begitu, hanya satu model sahaja yang dipasarkan ke peringkat global (termasuk Malaysia) iaitu menerusi model Xiaomi Mi 9T.

Kini dikatakan versi Pro akan ditawarkan tidak lama lagi di beberapa negara seperti Belanda, Belgium, dan Luxembourg bermula 20 Ogos 2019. Khabar baik ini telah disahkan sendiri oleh pihak Xiaomi menerusi akaun Facebook Xiaomi Naderland.

Jika Xiaomi Mi 9T Pro tiba ke Malaysia, pengguna akan menerima sebuah peranti dengan spesifikasi tinggi seperti penggunaan cip pemproses Snapdragon 855, memori 6GB, dan storan 64GB/128GB. Selain itu, kamera belakang dilengkapi sensor 48MP + 8MP + 13MP serta kamera depan terangkat 20MP.

Jika mengikut Redmi K20 Pro, ia turut dimuatkan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+ (27W), paparan AMOLED 6.39-inci dengan panel Corning Gorilla Glass 5, berserta panel kaca dengan kemasan warna Carbon Black, Red Flame, dan Glacier Blue.

Baca juga:

Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sentuhan Istimewa Marvel

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend