Xiaomi Mi 9T Pro Akan Dijual Di Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat Ini Comments Off on Xiaomi Mi 9T Pro Akan Dijual Di Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat Ini

Xiaomi Mi 9T Pro dijadualkan akan diperkenalkan di beberapa negara di Eropah bermula hari ini. Kini, peranti berspesifikasi tinggi itu dipercayai akan dibawa masuk ke Malaysia untuk dijual tidak lama lagi.

Perkara ini lebih pasti apabila pihak Xiaomi Malaysia sendiri telah memuat naik poster promosi Mi 9T Pro di laman Facebook mereka sebentar tadi.

Jika peranti ini mula ditawarkan kepada orang ramai, ia juga menjadi peranti kedua yang menggunakan cipset Snapdragon 855 selepas Mi 9. Apa yang menarik tentang Mi 9T Pro ini, sudah pastinya pada kamera depan pop-naik serta penggunaan skrin penuh bersaiz 6.39-inci.

Buat masa ini, tiada maklumat tentang ketersediaan dan harganya. Ketika ini, komentar menjangkakan ia bakal dijual di bawah RM2 ribu seunit. Bagaimanapun ia bergantung kepada konfigurasi memori.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend