Xiaomi Mi 9T Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 20 Jun 2019 Comments Off on Xiaomi Mi 9T Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 20 Jun 2019

Pada hujung bulan Mei 2019 yang lalu, sub-jenama Xiaomi telah berjaya menarik perhatian banyak pihak apabila melancarkan dua model yang sangat dinanti-nantikan iaitu Redmi K20 Pro dan juga Redmi K20 untuk pasaran di China.

Menariknya hari ini pihak Xiaomi Malaysia telahpun mengesahkan untuk melancarkan secara rasmi jelmaan semula Redmi K20 untuk pasaran tempatan dengan kemasukan model global yang dikenali sebagai Xiaomi Mi 9T.

Sama seperti Redmi K20, Xiaomi Mi 9T menampilkan paparan skrin penuh AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin, dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 730, dioperasikan oleh MIUI 10, RAM 6GB, storan sehingga 128GB, dan juga bateri 4000 mAh.

Dari segi penggambaran, Xiaomi Mi 9T menyokong kamera depan terangkat beresolusi 20MP (f/2.2), dan juga tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4, Telephoto) + 13MP (f/2.4, Ultra Wide Angle).

Anggaran harga jualan Redmi K20 di China:

  • 6GB + 64GB – CNY1,999 (~ RM1,213)
  • 6GB + 128GB – CNY2,099 (~ RM1,273)

Baca juga:

Redmi K20 Pro Dan Redmi K20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 855/730, Skrin 6.39″ AMOLED dan Bateri 4000 mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend