Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Turut Dilancarkan Dengan 12GB RAM Dalam Rekaan Kerangka Lut Sinar Comments Off on Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Turut Dilancarkan Dengan 12GB RAM Dalam Rekaan Kerangka Lut Sinar 568

Selain mengumumkan Mi 9 dan Mi 9 SE, Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi model yang lebih premium iaitu Mi 9 Transparent Edition. Secara keseluruhan varian tertinggi ini menyokong spesifikasi yang sama seperti Mi 9 iaitu dijana dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, MIUI 10 dengan mod Game Turbo, pengimbas cap jari pada skrin, dan juga dilengkapi sokongan tiga kamera utama.

Perbezaan paling utama Mi 9 Transparent Edition adalah rekaan panel belakangnya yang lut sinar yang memperlihatkan rekaan dalaman peranti ini. Ia juga hadir dengan sokongan memori yang sangat besar iaitu 12GB RAM dengan ruang storan 256GB atau dua kali ganda lebih besar berbanding Mi 9.

Tidak cukup dengan itu, kapasiti bateri yang disokongnya juga sedikit lebih besar iaitu 3500 mAh dan akan dijual pada harga CNY3,999 iaitu kira-kira RM2,421.

Spesifikasi Xiaomi Mi 9 Transparent Edition:

  • MIUI 10 + Game Turbo (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855 (Adreno 640)
  • 12GB + 256GB
  • 6.39 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 6
  • Kamera utama: 48MP (f/1.75) + 12MP (f/2.2) + 16MP (f/2.2)
  • Kamera depan: 20MP (f/2.0)
  • Pengimbas cap jari pada skrin
  • 3500 mAh
  • Pengecasan pantas berwayar 27W
  • Pengecasan pantas tanpa wayar 20W

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP

Xiaomi Mi 9 SE Jadi Telefon Pintar Pertama Guna Cip Snapdragon 712 Selain Tri Kamera Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend