Xiaomi Mi 9 SE Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan ‘Moon Mode’ Sama Seperti Mi 9 Comments Off on Xiaomi Mi 9 SE Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan ‘Moon Mode’ Sama Seperti Mi 9

Tahun 2019 sudah menjadi satu trend pengeluar telefon pintar dalam memperlihatkan keupayaan kamera masing-masing dalam mengambil gambar bulan, dan trend ini dilihat telah dipopularkan oleh Huawei. Malah Xiaomi juga dilihat telah memperkenalkan mod khas untuk mengambil gambar bulan dengan sokongan ‘Moon mode’.

Menariknya pemilik Xiaomi Mi 9 SE yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,299 turut dilaporkan telah mula menerima fungsi penggambaran ‘Moon mode’ yang sama seperti Mi 9. Ketersediaan fungsi itu ditawarkan dalam kemas kini MIUI 10.3.1.0 dengan fail kemas kini sebesar 568MB.

Fungsi penggambaran ‘Moon mode’ ini membolehkan gambar bulan diambil dengan lebih mudah kerana tetapan ISO, shutter speed dan sebagainya akan ditala secara automatik. Apa yang perlu pengguna lakukan, hanyalah mengaktifkan mod AI dan gunakan fungsi zum sekurang-kurangnya 4x untuk memilih mod tersebut.

sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 SE Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Daripada RM1,299 Bermula 4 Mei 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend