Xiaomi Mi 9 SE Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Daripada RM1,299 Bermula 4 Mei 2019 Comments Off on Xiaomi Mi 9 SE Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Daripada RM1,299 Bermula 4 Mei 2019

Xiaomi Malaysia kini secara rasminya telahpun membawa masuk varian terbaharu daripada siri Mi 9 dengan penawaran model Mi 9 SE untuk pasaran tempatan. Dengan kerangka yang lebih kompak, Mi 9 SE dilihat masih mengekalkan rekaan fizikal dan juga ciri-ciri yang mirip seperti Mi 9 iaitu paparan skrin AMOLED, serta sokongan tiga kamera.

Mi 9 SE telah dikuasakan dengan cipset 10nm lapan teras berkelajuan 2.3GHz terbaharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 712, dioperasikan dengan MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, RAM berkapasiti 6GB LPPDR4X, pilihan ruang storan berkelajuan tinggi UFS2.1 sebesar 64GB atau 128GB, dan juga bateri berkapasiti 3070 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W (USB Type-C).

Sungguhpun Mi 9 SE merupakan varian paling rendah untuk siri Mi 9, kualiti paparannya boleh dianggap sangat baik kerana menyokong paparan skrin AMOLED berukuran 5.97 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) yang turut menawarkan fungsi AOD (Always-on Display). Selain menyokong panel Gorilla Glass 5, ia juga hadir dengan rekaan takuk kecil yang dikenali sebagai Dot Drop.

Aspek penggambaran Mi 9 SE pula tersedia dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586, f/1.75) + 13MP (Ultra Wide Angle, f/2.4) + 8MP (Telefoto, f/2.4), dan juga kamera depan beresolusi 20MP (f/2.0, 1.8µm).

Mi 9 SE ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB + 64GB berharga RM1,299, manakala varian 6GB + 128GB pula dijual dengan harga RM1,499. Ia akan mula dijual melalui Mi Stores, Lazada Xiaomi Flagship Store, dan juga Shoppe Mi Official Store bermula 4 Mei 2019 ini dalam dua warna pilihan iaitu Piano Black dan juga Ocean Blue. Warna Lavender Violet pula akan ditawarkan pada masa akan datang.

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, setiap pembelian Mi 9 SE yang dibeli pada 4 hingga 12 Mei 2019 akan turut menerima Power Bank 2S 10,000 mAh (RM79) secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend