Xiaomi Mi 9 SE Jadi Telefon Pintar Pertama Guna Cip Snapdragon 712 Selain Tri Kamera Belakang Comments Off on Xiaomi Mi 9 SE Jadi Telefon Pintar Pertama Guna Cip Snapdragon 712 Selain Tri Kamera Belakang 444

Seiring dengan pelancaran Mi 9 dan Mi 9 ‘Transparent Edition’, Xiaomi turut melancarkan peranti kelas pertengahan dalam siri yang sama iaitu Xiaomi Mi 9 SE. Ia hadir dengan cip pemproses yang lebih rendah tetapi paling baru iaitu Qualcomm Snapdragon 712. Peranti ini juga dilengkapi kamera belakang 48MP seperti dua model di atasnya.

Mi 9 SE diperkenalkan dengan tiga pilihan warna yang dipanggil Black, Violet, dan Blue yang mana kesemuanya dijual dengan tanda harga CNY1,999 (~RM1,211) untuk varian 6GB+64GB, sementara CNY2,299 (~RM1,393) untuk varian 6GB+128GB.

Mi 9 SE memiliki skrin yang lebih kecil berbanding abang-abangnya – 5.97-inci AMOLED dengan rekaan takuk titisan air. Namun begitu, bezel skrinnya dikatakan sedikit tebal berbanding bezel pada Mi 9.

Menerusi cip pemproses terbaharu ini, Mi 9 SE turut digandingkan dengan perkakasan seperti modem terkini, bluetooth 5.0, dan sambungan dwi LTE. Pada bahagian kamera pula, ia dibekalkan dengan kamera belakang menggunakan konfigurasi 48MP+12MP+16MP sama juga seperti Mi 9 dan Mi 9 ‘Transparent Edition’. Manakala, kamera depan pula menawarkan sensor 20MP dan kedua-dua belah kamera ini juga menyokong penggambaran berasaskan AI.

Sarung Xiaomi Mi 9 SE (CNY49)

Ciri lain yang diberikan pada peranti ini adalah sistem pengimbas cap jari dalam skrin disamping janaan bateri berkapasiti 3,070mAh. Menerusi port USB Type-C, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 18W. Tetapi malangnya ia tidak menyediakan bicu audio 3.5mm. Akhir sekali, peranti ini dioperasikan sistem antaramuka terkini MIUI 10 bersama mod tambahan Game Turbo Booster khusus untuk permainan mudah alih.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Turut Dilancarkan Dengan 12GB RAM Dalam Rekaan Kerangka Lut Sinar

Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend